الموضوع: Ringkasan: Asas Dakwah Imam Nasser Mohammed Al-Yamani

النتائج 1 إلى 2 من 2
  1. Post Ringkasan: Asas Dakwah Imam Naser Mohammed Al-Yamani




    اقتباس من بيان الإمام المهدي ناصر محمد اليماني بعنوان

    أساس دعوة الإمام ناصر للمُسلمين والناس أجمعين

    Nukilan dari bayan Imam berjudul

    Asas Dakwah Imam Naser Kepada Kaum Muslimin
    dan Kepada Semua Manusia

    sumber
    www.mahdialumma.com


    الإمام ناصر محمد اليماني
    Imam Naser Mohammed Al-Yamani
    03-09-2009, 12:04 am



    أساس دعوة الإمام ناصر للمُسلمين والناس أجمعين



    بسم الله الرحمن الرحيم

    Dengan menyebut nama Allah yang
    Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


    وسلامٌ على المُرسلين والحمدُ لله رب العالمين

    Salam atas para utusan dan segala puji bagi Allah,
    Penguasa seluruh alam semesta.


    وما يلي أساس دعوتي للمُسلمين
    والناس أجمعين وهي ما يلي:

    Berikut ini adalah asas dakwahku kepada kaum muslimin
    dan kepada semua manusia.



    Ianya seperti berikut :
    (1)


    أن تعبدوا الله وحده لا شريك له ومن أشرك بالله فقد ظلم نفسه ولن يجد له من دون الله ولياً ولا نصيراً

    Hendaklah kalian beribadat hanya kepada Allah yang Maha Esa semata-mata, tiada sekutu bagiNya. Barangsiapa yang syirik kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah menzalimi dirinya sendiri, dan dia juga tidak akan menemukan sesiapa pun sebagai pelindung baginya dan tidak juga pembela kecuali Allah.



    (2)


    أن تؤمنوا بأن هذه الدعوة هي التي أبتعث الله بها كافة الأنبياء والمُرسلين تصديقاً لقول الله تعالى

    Hendaklah kalian percaya dan yakin bahawa dakwah ini adalah dakwah yang dibawa oleh seluruh para nabi dan rasul. Firman Allah:

    {وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ }
    صدق الله العظيم
    (QS-21:25)

    "Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawa, tidak ada Tuhan melainkan Aku, maka beribadatlah kepadaKu"


    (3)


    أن لا تُفرّقوا بين رُسُل الله أجمعين الذين أبتعثهم الله بهذه الدعوة الموحدة.
    تصديقاً لقول الله تعالى:

    Hendaklah kalian tidak membeza-bezakan seorang pun di antara para rasul Allah yang kesemuanya itu telah diutusNya dengan membawa misi dakwah yang sama.
    Firman Allah:

    {وَالَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَلَمْ يُفَرِّقُوا بَيْنَ أَحَدٍ مِّنْهُمْ أُولَئِكَ سَوْفَ يُؤْتِيهِمْ أُجُورَهُمْ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا}
    صدق الله العظيم
    (QS-4:152)

    "Orang-orang yang beriman kepada Allah dan para rasulNya dan tidak membeza-bezakan seorang pun di antara mereka, kelak Allah akan memberikan kepada mereka ganjaran pahala mereka. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"



    وقال الله تعالى: (وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ النَّبِيِّينَ لَمَا آتَيْتُكُم مِّن كِتَابٍ وَحِكْمَةٍ ثُمَّ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مُّصَدِّقٌ لِّمَا مَعَكُمْ لَتُؤْمِنُنَّ بِهِ وَلَتَنصُرُنَّهُ
    قَالَ أَأَقْرَرْتُمْ وَأَخَذْتُمْ عَلَى ذَلِكُمْ إِصْرِي قَالُوا أَقْرَرْنَا قَالَ فَاشْهَدُوا وَأَنَا مَعَكُم مِّنَ الشَّاهِدِينَ)
    (QS-3:81)

    Dan lagi firman Allah Taala: "Dan ingatlah ketika Allah mengambil perjanjian dari para nabi: Sungguh, apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah kemudian datang kepadamu seorang rasul yang membenarkan apa yang ada pada kalian, niscaya kalian akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya'. Allah berfirman: 'Apakah kamu mengakui dan menerima perjanjianKu terhadap yang demikian itu?' Mereka menjawab: 'Kami mengakui'. Allah berfirman: "Kalau begitu saksikanlah dan Aku menjadi saksi bersama kamu"


    (فَمَن تَوَلَّىٰ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ)
    (QS-3:82)

    "Dan sesiapa yang berpaling sesudah itu, maka merekalah orang-orang yang fasik."


    (أَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ)
    صدق الله العظيم
    (QS-3:83)

    "Maka apakah selain agama Allah yang mereka inginkan, padahal kepadaNya-lah segala apa yang di langit dan di bumi menyerahkan diri, baik dalam keadaan suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allah-lah mereka akan dikembalikan"


    وقال الله تعالى:
    (قُلْ آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنزِلَ عَلَيْنَا وَمَا أُنزِلَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَى وَعِيسَى وَالنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ)
    (QS-3:84)


    Seterusnya firman Allah:

    "Katakanlah: 'Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Ya'qub, dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, 'Isa dan para nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorangpun di antara mereka dan hanya kepadaNya-lah kami menyerahkan diri."


    (وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ)
    (QS-3:85)
    صدق الله العظيم

    "Dan barangsiapa yang mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima daripadanya, dan dia di akhirat kelak termasuk di kalangan orang-orang yang merugi."


    وقال تعالى بعد ذكره دعوة خليله إبراهيم إلى التوحيد وذكر من معه من المُرسلين:
    (أُولَئِكَ الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ فَإِن يَكْفُرْ بِهَا هَؤُلَاءِ فَقَدْ وَكَّلْنَا بِهَا قَوْمًا لَّيْسُوا بِهَا بِكَافِرِينَ)
    (QS-6:89)

    Dan Allah berfirman setelah menyatakan dakwah khalilNya Ibrahim kepada tauhid dan setelah menyebutkan para rasul yang bersamanya "Mereka itulah orang-orang yang telah Kami berikan kitab, hikmah dan kenabian. Sekiranya orang-orang itu mengingkarinya, maka sungguh Kami akan menyerahkannya kepada kaum yang sekali-kali tidak akan mengingkarinya."


    (أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ فَبِهُدَاهُمُ اقْتَدِهْ قُل لَّا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًاإِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرَى لِلْعَالَمِينَ)
    (QS-6:90)
    صدق الله العظيم - الأنعام

    "Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjukoleh Allah, maka ikutilah petunjuk mereka. Katakanlah:'Aku tidak meminta upah kepadamu dalam menyampaikan'.Tiadalah Al Quran itu melainkan sebagai peringatan untuk seluruh jagat."


    (4)


    الدعوة للمُسلمين والنصارى واليهود والمجوس والمُلحدين والناس أجمعين إلى هذه الكلمة التي جاء بها كافة الأنبياء والمُرسلين. تصديقاً لقول الله تعالى:

    Seruan dakwah ini, adalah untuk kaum Muslimin, kaum Nasrani, Yahudi, Majusi, Atheist dan untuk seluruh manusia. Iaitu, untuk menyeru mereka kepada kalimah ini; sebuah kalimah yang telah dibawa oleh seluruh nabi dan rasul. Firman Allah:

    (قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّهِ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ)
    صدق الله العظيم - آل عمران
    (Q-3:64)

    "Katakanlah: 'Hai Ahli Kitab, marilah kepada suatu kalimat yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa kita tidak beribadah kecuali hanya kepada Allah dan kita tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu apapun dan janganlah sebahagian dari kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan-tuhan selain Allah'. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: 'Saksikanlah kalian bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri'."


    (5)


    التصديق أن الدين عند الله هو الإسلام الذي يدعوا إليه مُحمد رسول الله والمسيح عيسى وسُليمان وكافة الأنبياء والمُرسلين من قبله. فانظروا لدين داوود الذي يدعو الناس إليه و سُليمان لملكة سبأ:

    Membenarkan bahawa agama yang diterima di sisi Allah adalah agama Islam; iaitu agama yang didakwahkan oleh Nabi Muhammad, 'Isa, Sulaiman serta seluruh nabi dan rasul sebelum Muhammad. Perhatikan-lah agama Nabi Daud, yang beliau serukan kepada manusia, dan juga seruan Nabi Sulaiman kepada Ratu kerajaan Saba':

    (إِنَّهُ مِن سُلَيْمَانَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ)
    (Q-27:30)

    "Sesungguhnya surat itu dari SuIaiman dan sungguh tercatat di situ:
    'Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang'."

    (أَلَّا تَعْلُوا عَلَيَّ وَأْتُونِي مُسْلِمِينَ)
    (Q-27:31)
    صدق الله العظيم - النمل

    "Bahawasanya janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku
    (dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang muslim (yang berserah diri"


    Cuba kalian perhatikan agama utusan Allah Al Masih 'Isa putera Maryam -عليه الصلاة والسلام- dan seruan dakwahnya kepada Bani Israel:


    (إِذْ قَالَتِ الْمَلَائِكَةُ يَا مَرْيَمُ إِنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٍ مِّنْهُ اسْمُهُ الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ وَجِيهًا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمِنَ الْمُقَرَّبِينَ)
    (Q-3:45)

    "Dan ingatlah ketika Malaikat berkata: 'Wahai Maryam, sesungguhnya Allah menggembirakanmu dengan kalimat daripada-Nya, yang bernama Al Masih 'Isa putera Maryam, seorang terkemuka di dunia dan di akhirat dan dia termasuk orang-orang yang didekatkan"

    (وَيُكَلِّمُ النَّاسَ فِي الْمَهْدِ وَكَهْلًا وَمِنَ الصَّالِحِينَ)
    (Q-3:46)

    "dan dia akan berbicara dengan manusia ketika dalam buaian, ketika sudah dewasa dan dia termasuk orang-orang yang saleh."


    (قَالَتْ رَبِّ أَنَّى يَكُونُ لِي وَلَدٌ وَلَمْ يَمْسَسْنِي بَشَرٌ قَالَ كَذَلِكِ اللَّهُ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ إِذَا قَضَى أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُن فَيَكُونُ)
    (Q-3:47)

    "Maryam berkata: 'Ya Tuhanku, bagaimana mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang lelaki pun'. Allah berfirman: 'Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendakiNya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: 'Jadilah', lalu jadilah ia'."


    (وَيُعَلِّمُهُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَالتَّوْرَاةَ وَالْإِنجِيلَ)
    (Q-3:48)

    "Dan Allah akan mengajarkan kepadanya Al Kitab, Hikmah, Taurat dan Injil."


    (وَرَسُولًا إِلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنِّي قَدْ جِئْتُكُم بِآيَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ أَنِّي أَخْلُقُ لَكُم مِّنَ الطِّينِ كَهَيْئَةِ الطَّيْرِ فَأَنفُخُ فِيهِ فَيَكُونُ طَيْرًا بِإِذْنِ اللَّهِ وَأُبْرِئُ الْأَكْمَهَ وَالْأَبْرَصَ وَأُحْيِي الْمَوْتَى بِإِذْنِ اللَّهِ وَأُنَبِّئُكُم بِمَا تَأْكُلُونَ وَمَا تَدَّخِرُونَ فِي بُيُوتِكُمْ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً لَّكُمْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ)
    (Q-3:49)

    "Dan sebagai seorang utusan kepada Bani Israil: 'Sesungguhnya aku telah datang kepada kalian dengan membawa suatu tanda dari Tuhanmu, iaitu aku membuat untuk kalian dari tanah berbentuk burung; lalu aku meniupnya, maka ia menjadi seekor burung dengan izin Allah; dan aku dapat menyembuhkan orang yang buta sejak lahir serta orang yang berpenyakit sopak; dan aku dapat menghidupkan orang mati dengan
    izin Allah; dan aku boleh beritahu kalian tentang apa yang kalian makan dan apa yang kalian simpan di rumah. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah suatu tanda bagi kalian, jika kalian benar-benar beriman'."


    (وَمُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَلِأُحِلَّ لَكُم بَعْضَ الَّذِي حُرِّمَ عَلَيْكُمْ وَجِئْتُكُم بِآيَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ)
    (Q-3:50)

    "Dan aku datang untuk membenarkan Taurat yang datang sebelumku, dan untuk menghalalkan bagi kalian sebahagian yang telah diharamkan untuk kalian, dan aku datang kepada kalian dengan membawa suatu tanda daripada Tuhan kalian. Oleh itu bertakwalah kepada Allah serta ta'atlah kepadaku."


    (إِنَّ اللَّهَ رَبِّي وَرَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ هَذَا صِرَاطٌ مُّسْتَقِيمٌ)
    (Q-3:51)

    "Sesungguhnya Allah adalah Tuhanku dan Tuhan kalian, oleh itu beribadatlah kepadaNya. Inilah jalan yang lurus".


    (فَلَمَّا أَحَسَّ عِيسَى مِنْهُمُ الْكُفْرَ قَالَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّهِ آمَنَّا بِاللَّهِ وَاشْهَدْ بِأَنَّا مُسْلِمُونَ
    صدق الله العظيم
    (Q-3:52)

    "Maka tatkala 'Isa mengetahui keingkaran mereka berkatalah dia: 'Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk Allah? Para Hawariyyuun menjawab: 'Kamilah penolong-penolong Allah, kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri (muslim)."


    Aku tidak mengetahui agama lain bagi kaum Nasrani kecuali Islam, iaitu agama yang dibawa oleh utusan Allah 'Isa Al Masih putera Maryam
    -صلى الله عليه وآله وسلم-
    dan juga yang dibawa oleh Muhammad Rasulullah

    -صلى الله عليه وآله وسلم-
    kepada seluruh manusia sebagai penutup para nabi dan rasul dengan Kitabullah Al Qur'an yang agung, kitab yang melengkapkan dan menyempurnakan kitab-kitab terdahulu. Sebagai pembenaran terhadap firman Allah:


    (أَمِ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ آلِهَةً قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ هَذَا ذِكْرُ مَن مَّعِيَ وَذِكْرُ مَن قَبْلِي بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ الْحَقَّ فَهُم مُّعْرِضُونَ)
    صدق الله العظيم - الأنبياء
    (Q-21:24)

    "Apakah mereka mengambil tuhan-tuhan selain-Nya? Katakanlah: 'Tunjukkanlah bukti kalian! Ini adalah peringatan bagi orang-orang yang bersamaku,dan peringatan bagi orang-orang sebelumku'. Sebenarnya
    kebanyakan mereka tidak mengetahui kebenaran, sebab itulah mereka berpaling."


    Oleh kerana kitab Al Qur'an adalah kitab yang melengkapkan dan menyempurnakan kitab-kitab terdahulu untuk seluruh manusia, maka kerana itulah Allah berfirman:

    (هَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا تَأْوِيلَهُ يَوْمَ يَأْتِي تَأْوِيلُهُ يَقُولُ الَّذِينَ نَسُوهُ مِن قَبْلُ قَدْ جَاءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ)
    صدق الله العظيم - الأعراف
    (Q-7:53)

    "Tiadalah mereka menunggu-nunggu kecuali Al Qur'an itu. Pada hari datangnya kebenaran pemberitaan Al Qur'an itu, berkatalah orang-orang yang melupakannya sebelum itu:
    'Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami membawa kebenaran..'."


    (6)

    أن لا تُفرّقوا دينكم شيعاً وكُلُّ حزبٍ بما لديهم فرحون

    Hendaklah kalian semua tidak berpecah-pecah dalam agama kalian menjadi berpuak-puak, bermazhab-mazhab, setiap kelompok berbangga dengan apa yang ada di puak masing-masing. Jika kalian tetap melakukannya, maka sesungguhnya kalian telah melanggar perintah Allah dan rasulNya.
    Pembenaran terhadap firman Allah:

    (أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ)
    صدق الله العظيم - الشورى
    (Q-42:13)

    "Hendaklah kalian menegakkan agama dan janganlah kalian berpecah-belah tentangnya"


    وتصديقاً لقوله تعالى: (فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ)
    (Q-30:30)

    Juga sebagai pembenaran terhadap firmanNya: "Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; itulah fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Demikianlah agama yang lurus itu akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,"


    (مُنِيبِينَ إِلَيْهِ وَاتَّقُوهُ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ)
    (Q-30:31)

    "Kembali bertaubatlah kalian semua kepadaNya dan bertakwalah kepadaNya serta dirikanlah sholat dan janganlah kalian termasuk di kalangan orang-orang yang mempersekutukan Allah,"


    (مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ)
    (QS-30:32)
    صدق الله العظيم - الروم

    "iaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka."


    وتصديقاً لقول الله تعالى (شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدِّينِ مَا وَصَّى بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى وَعِيسَى أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ اللَّهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَن يُنِيبُ)
    صدق الله العظيم - الشورى
    (QS-42:13)

    Dan juga firman Allah: "Allah telah mensyari'atkan kepada kalian tentang agama seperti mana yang telah diwasiatkanNya kepada Nuh dan yang telah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) dan juga yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa iaitu: 'Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik untuk menerima agama yang engkau (Muhammad)
    dakwahkan kepada mereka. Allah menarik orang yang dikehendaki-Nya untuk memeluk agama itu dan Dia memberi petunjuk untuk menerima seruan itu kepada orang yang bertaubat."


    وكذلك في قوله تعالى (إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا لَّسْتَ مِنْهُمْ فِي شَيْءٍ إِنَّمَا أَمْرُهُمْ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ)
    (QS-6:159)
    صدق الله العظيم - الأنعام

    Demikian juga firman Allah: "Sesungguhnya orang-orang yang memecah-belah agama-Nya dan mereka menjadi berpuak-puak, tidaklah engkau (Muhammad) bertanggungjawab sedikitpun terhadap mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanya terserah kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahukan kepada mereka, apa yang telah mereka perbuat."
    Maha Benar Allah


    وتصديقاً لقوله تعالى (وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ)
    صدق الله العظيم - آل عمران
    (QS-3:103)

    Sebagai pembenaran dan pengesahan terhadap firman Allah: "Dan berpeganglah kalian semua kepada tali Allah, serta janganlah kalian bercerai-berai, dan ingatlah ni'mat Allah kepada kalian ketika dahulunya kalian bermusuh-musuhan, kemudian Allah mempersatukan hati-hati kalian, lalu kalian semua menjadi orang-orang yang bersaudara, hanya semata-semata kerana ni'mat dari Allah sedangkan kalian ketika itu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kalian darinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kalian, agar kalian mendapat petunjuk."
    (QS-3:103)



    سلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

    Imam Naser Mohammed Al-Yamani




    baca selengkapnya di
    https://nasser-alyamani.org/showthread.php?p=5083


    sumber ringkasan:
    http://kebangkitanumatmuhammad.blogs...a-kaum_26.html










المواضيع المتشابهه
  1. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 15-06-2020, 06:50 AM
  2. مشاركات: 2
    آخر مشاركة: 11-11-2015, 12:54 AM
  3. مشاركات: 1
    آخر مشاركة: 01-09-2015, 10:43 PM
  4. مشاركات: 3
    آخر مشاركة: 07-04-2015, 12:06 AM
  5. Asas Dakwah Imam Naser Kepada Kaum Muslimin Dan Kepada Seluruh Manusia
    بواسطة عبد العزيز22 في المنتدى Melayu
    مشاركات: 6
    آخر مشاركة: 24-06-2014, 05:55 PM
ضوابط المشاركة
  • لا تستطيع إضافة مواضيع جديدة
  • لا تستطيع الرد على المواضيع
  • لا تستطيع إرفاق ملفات
  • لا تستطيع تعديل مشاركاتك
  •