المصدر

الإمام ناصر محمد اليماني
Al Imam Naser Mohammed Al Yamani
07 - شوال - 1439 هـ
21 - 06 - 2018 مـ
08:33 مساءً
( بحسب التقويم الرسمي لأمّ القرى )
Mengikut takwim rasmi Makkah

[ لمتابعة رابط المشاركـة الأصليّة للبيان ]
Ikuti pautan keterangan asal
https://nasser-alyamani.org/showthread.php?t=35148
ــــــــــــــــــــــــ



المهديّ المنتظَر يعلن بدر التمام لشهر شوال 1439 ..

Al Imam Al Mahdi Mengumumkan Bulan Purnama Penuh Bagi Bulan Syawwal 1439H..



بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على رسل الله أجمعين وجميع المؤمنين في كلّ زمانٍ ومكانٍ إلى يوم الدين، أمّا بعد..

Dengan nama Allah Ar Rahman Ar Rahim, sholawat dan salam ke atas para rasul semua dan ke atas seluruh orang beriman pada setiap zaman dan tempat hingga Hari Pembalasan..


يا معشر المسلمين إني أرى الحجّة قائمةً عليكم بالدرجة الأولى أكثر من الكفار الضالين إلا من شياطين البشر، وأخشى عليكم عذاب يومٍ نكر كونكم علمتم أنّ الشمس حقاً أدركت القمر فولد الهلال من قبل الاقتران فاجتمعت به الشمس وقد هو هلال تصديق شرطٍ من أشراط الساعة الكبرى وآية التصديق للمهديّ المنتظَر ناصر محمد اليماني.

Wahai sekalian umat Islam, sesungguhnya aku lihat hujjah telah tegak ke atas kalian pada tingkat pertama melebihi orang-orang ingkar yang sesat kecuali kalangan syaitan-syaitan manusia, aku khuatir terhadap kalian azab seksaan di hari yang mengerikan

Ini kerana kalian telah mengetahui bahawa matahari benar-benar telah mencapai bulan, yang mana hilal telah lahir sebelum konjungsi (Al Iqtiran), dan matahari bertemu dengannya sedang ia berupa anak bulan sabit, pembenaran bagi suatu petanda dari tanda-tanda besar Kiamat, dan bukti pembenaran bagi Al Mahdi Al Muntadhar Naser Mohammed Al Yamani.



ولكم تكررت الفتوى من الله وخليفته أنّ معنى أن تدرك الشمس هو أن يولد الهلال من قبل الكسوف فتجتمع به الشمس وقد هو هلال، ولذلك يراه الناس يوم خروجه بعد انقضاء 24 ساعة من غرّته الشرعيّة بحسب رؤيته فيرونه منتفخاً فيُقال ليلتين أو ثلاث، كما شاهدتم هلال شوال بعد غروب شمس اليوم الأول بعد انقضاء غرّته الأولى يرونه منتفخاً لا شكّ ولا ريب ثم لا تقبل عقولهم أنّ هذا ابن يومٍ واحدٍ فقط؛ بل حتماً يُقال ابن ليلتين أو ثلاث، كما شهدتم هلال رمضان 1439 وكذلك هلال شوال.

Sudah berapa kali berulang kenyataan dari Allah dan khalifah-Nya, bahawasanya makna matahari telah mencapai adalah hilal lahir sebelum kusuf, yang mana matahari bertemu bulan sedang ia berupa bulan sabit, kerana itu manusia melihat bulan di hari keluarnya setelah selesai 24 jam dari awal permulaannya secara syarak berdasarkan rukyah, maka mereka melihatnya bengkak mengembung hingga dikatakan malam kedua atau ketiga

Sebagaimana hilal Syawwal yang kalian saksikan setelah matahari hari pertamanya terbenam, setelah tamat berlalu awal permulaannya yang pertama, mereka lihatnya bengkak mengembung tanpa syak dan ragu lagi, lalu akal fikiran mereka tidak dapat menerima bahawa ini adalah anak bulan hari pertama; bahkan tentu sahaja dikatakan ianya anak bulan kedua atau ketiga.

Sebagaimana hilal Ramadhan 1439 yang telah kalian saksikan, demikian juga hilal Syawwal.



فتعالوا للتطبيق للتصديق على الواقع الحقيقي لحديث محمدٍ رسول الله صلى الله عليه وآله: [من أشراط الساعة انتفاخ الأهلة]، ويقصد أشراط الساعة الكبرى وهو أن يرى الناس الهلال بشكل عام بعد غروب شمس يومه الأول فيقال ليلتان أو ثلاث، كونه قد مضى من عمر هلال الشهر ليلتان أو ثلاث. وحتماً البدر وتمام قرص القمر والذي سبق منا بيانٌ مفصلٌ في شهر رمضان من قبل الحدث وكذلك هلال شوال من قبل الحدث وتركنا الحكم للبشر يوم الجمعة ليلة السبت فسمعنا كثيراً منهم يقولون: "هذا ابن ليلتين أو ثلاث"، وعليه فحتماً سوف تجدون بدر التمام يدخل في طَور البدر مساء يوم الثلاثاء ليلة الأربعاء فيصل بدر شوال إلى مرحلة طَور البدر الأول، وأما البدر الثاني فبعد غروب شمس يوم الأربعاء ليلة الخميس، فكونوا شهداء على أنفسكم وأمّتكم، اللهم قد بلغت اللهم فاشهد.

Maka kemarilah kalian untuk melaksanakan pembenaran terhadap hadits Muhammad Rasulullah -shollallaahu ‘alayhi wasallam- berdasarkan kenyataan sebenar: Termasuk tanda-tanda Kiamat adalah mengembungnya bulan sabit, yang Nabi maksudkan tanda-tanda besar Kiamat adalah manusia melihat hilal secara umum setelah matahari terbenam pada harinya yang pertama, lalu dikatakan malam kedua atau malam ketiga, kerana telah berlalu dua malam atau tiga malam dari umur hilal bulan.

Tentunya bulan purnama penuh piringan bulan, yang telah kami nyatakan dan jelaskan sebelum ini, pada bulan Ramadhan sebelum ianya terjadi, begitu juga hilal Syawwal sebelum ianya terjadi, dan kami biarkan manusia yang memutuskannya pada hari Jumaat malam Sabtu, maka kami dengar kebanyakan di antara mereka mengatakan: “Ini malam kedua atau malam ketiga”.

Maka dari itu, pastinya kalian akan mendapati bulan purnama penuh memasuki fasa bulan penuh pada petang Selasa malam Rabu, yang mana bulan purnama penuh Syawwal akan sampai pada peringkat fasa bulan purnama penuh yang pertama, adapun bulan purnama penuh yang kedua, maka ianya setelah matahari terbenam hari Rabu malam Khamis, maka jadilah kalian semua sebagai saksi terhadap diri kalian sendiri dan umat kalian, Ya Allah, sesungguhnya telah aku sampaikan, Ya Allah, maka saksikanlah.



وقال الله تعالى: { وَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّـهِ سَيُرِيكُمْ آيَاتِهِ فَتَعْرِفُونَهَا ۚ وَمَا رَبُّكَ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ ﴿٩٣﴾ } صدق الله العظيم [النمل].

Allah Ta’ala berfirman:
Dan katakanlah: "Segala puji bagi Allah, Dia akan memperlihatkan kepada kalian akan tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kalian akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan". (93)
Maha Benar Allah
[An Naml]



أخوكم الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني..

Saudara kalian Al Imam Al Mahdi Naser Mohammed Al Yamani..
______________

sumber