المصدر

الإمام ناصر محمد اليماني
Al Imam Naser Mohammed Al Yamani
10 - شوال - 1439 هـ
24 - 06 - 2018 مـ
08:59 صباحاً
( بحسب التقويم الرسمي لأمّ القرى )
Mengikut takwin rasmi Makkah

[ لمتابعة رابط المشاركـة الأصليّة للبيان ]
ikuti pautan keterangan asal
https://nasser-alyamani.org/showthread.php?t=35170
ــــــــــــــــــــــــ




إعلان بيان هاشتاق قمر ليلة الاتّساق لشهر شوال 1439 ..

Pengumuman Bayan Keterangan Tagar -Hashtag- Malam Bulan Purnama Syawwal 1439H..


بسم الله الرحمن الرحيم الذي خلق الإنسان المهديّ المنتظَر فعلّمه البيان الحقّ للقرآن، وعلّمه بأنّ الشمس والقمر بحسبان، وأنّ الشمس أدركت القمر بسبب ولادته من قبل الاقتران المركزيّ للشمس والقمر ولذلك تجتمع به وقد هو هلال؛ برغم أنّ الحساب في القرآن لا ينبغي للشمس أن تدرك القمر فيولد الهلال والشمس إلى الشرق منه فتلاها ثم يجتمع بالشمس وقد هو هلال منذ أن خلق الله السماوات والأرض وبدأ الدهر بحركة الأرض والشمس والقمر فيكتمل القمر البدر بعد انقضاء ساعةٍ واحدةٍ فقط من حركة الأرض الفلكيّة من لحظة الاقتران المركزيّ في العرجون القديم ثم الانفصال عن الشمس شرقاً لِتَكَوّنِ هلال الشهر إلى ظهر يوم القمر البدر الساعة الثانية عشرة بتوقيت نهار القمر أي بعد 360 ساعة بحساب حركة الأرض الذاتية.

Dengan nama Allah Ar Rahman Ar Rahim, Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Yang menciptakan manusia -al insan- Al Mahdi Al Muntadhar, Allah mengajarkannya bayan keterangan yang hak bagi Al Qur’an, Dia mengajarkannya bahawa matahari dan bulan itu (beredar) menurut hisab perhitungan, dan matahari telah mendapatkan bulan disebabkan kelahirannya sebelum Al Iqtiran Al Markazi -konjungsi pusat- bagi matahari dan bulan, kerana itu matahari bertemu bulan sedang ia berbentuk hilal anak bulan sabit;

Meskipun hisab perhitungan Al Qur’an menyatakan tidak mungkin bagi matahari mendapatkan bulan, yang mana hilal anak bulan sabit lahir sedang matahari ke arah timur darinya, lalu bulan mengiringi matahari dan bertemu dengannya sedang ia berbentuk hilal anak bulan sabit (tidak terjadi demikian), sejak Allah ciptakan langit dan bumi.

Permulaan masa adalah dengan gerakan bumi, matahari dan bulan, yang mana bulan purnama penuh sempurna setelah berlalu satu jam sahaja dari gerakan falak bumi dari detik konjungsi pusat dalam bentuk tandan tua, kemudian terpisah dari matahari ke timur untuk menghasilkan hilal bulan, sampai waktu tengahari hari bulan purnama jam duabelas mengikut waktu siang bulan, yakni setelah 360 jam menurut hisab hitungan gerakan bumi sendiri.



ويا معشر علماء الفلك، إني أرى كثيراً منكم أخذته العزّة بالإثم ومنهم المهندس عوده رئيس المركز الفلكيّ العالميّ ومنهم علماء فلك في مركز الأرض والكون بالمملكة العربيّة السعوديّة وقليل من علماء الفلك في دولٍ أُخرى، غير أنه صار يتلاشى الممترون من علماء الفلك شيئاً فشيئاً في عصر دخول البشر في عصر الإدراكات الكبرى! فأرى كثيراً من علماء الفلك صار في حيرةٍ من أمره مما تعلّمه من أئمة علماء الفلك الكِبار وشكّ في حقائقهم العلميّة وتخَلْخَلت مُسلماتهم الفلكيّة، ثم وضع كثيرٌ من تلاميذهم قلمه في جيبه في حيرةٍ من الأمر ولم يعد ينطق بكلمةٍ بسبب أنه لم يعدْ موقناً بكثيرٍ من المسلمات الفلكيّة الفيزيائيّة الدقيقة جداً جداً حسب ما تعلّمه من أئمة علماء الفلك في البشر، ويرى تناقضاً كبيراً لدى علماء الفلك من بعد أن أعلن المهديّ المنتظَر ناصر محمد اليماني أنّ الشمس أدركت القمر، فمنذ أكثر من ثلاثة عشر عاماً وناصر محمد اليماني ينادي البشر كافةً أنّ الشمس أدركت القمر فأصبح يولد الهلال من قبل الاقتران المركزيّ وتجتمع به الشمس وقد هو هلال، وأن ذلك بسبب دخول عمر الحياة الدنيا في عصر أشراط الساعة الكُبر، وآية التصديق للمهديّ المنتظَر ناصر محمد اليماني أن تدرك الشمس القمر فيولد الهلال من قبل الاقتران المركزيّ فاجتمعت به الشمس وقد هو هلال.

Wahai sekalian ulama falak, sesungguhnya aku lihat kebanyakan dari kalian telah bangkit kesombongan dalam diri mereka dengan dosa, di antara mereka adalah sang jurutera Audah, Presiden Pusat Astronomi Antarabangsa, dan antaranya lagi adalah ulama falak di pusat bumi dan semesta di Kerajaan Arab Saudi, dan sedikit dari ulama falak di negara-negara lain, hanya sahaja orang-orang yang ragu dari kalangan ulama falak telah berkurang sedikit demi sedikit di zaman manusia masuk pada era Al Idraakaat Al Kubra -peristiwa-peristawa idrak terbesar-
!

Aku lihat kebanyakan dari ulama falak telah jadi bingung kerana urusannya, dari ilmu pengetahuan yang telah mereka pelajari dari para imam senior ulama falak, mereka ditimpa keraguan pada fakta-fakta ilmiah dan dalil-dalil astronomi mereka jadi usang, kemudian kebanyakan muridnya meletakkan pena dalam saku mereka kerana bingung dengan perkara ini

Dia tidak mengucapkan sepatah kata pun disebabkan dia tidak lagi meyakini kebanyakan dari dalil, postulat dan aksioma astrofisika yang sangat tepat sekali, mengikut apa yang dipelajarinya dari para imam senior ulama falak di dunia, dia lihat ada percanggahan yang besar pada ulama falak setelah Al Mahdi Al Muntadhar Naser Mohammed Al Yamani mengumumkan bahawa matahari telah mendapatkan bulan


Bahkan sudah sejak lebih dari tigabelas tahun, Naser Mohammed Al Yamani masih tetap menyeru manusia semua bahawa matahari telah mendapatkan bulan, yang mana hilal anak bulan lahir sebelum konjungsi pusat dan bertemu matahari sedang ia telah berbentuk hilal anak bulan sabit

Sesungguhnya yang demikian itu terjadi disebabkan tempoh jangka waktu kehidupan dunia ini telah memasuki era tanda-tanda besar Kiamat, dan tanda pembenaran bagi Al Mahdi Al Muntadhar Naser Mohammed Al Yamani, bahawa matahari telah mencapai bulan, yang mana hilal bulan sabit lahir sebelum konjungsi pusat, maka matahari bertemunya sedang ia berupa hilal anak bulan sabit.



ونعم، إنّ هذه آيةٌ خارقةٌ للعلم الفيزيائيّ الفلكيّ الذي يصدّقه القرآن العظيم، فوالله ثم والله ثم والله لا ينبغي للشمس أن تدرك القمر فيولد الهلال والشمس لا تزال إلى الشرق منه فتجتمع به وقد هو هلال منذ أن خلق الله السماوات والأرض حتى يبعث الله المهديّ المنتظَر ناصر محمد اليماني لينذر البشر كافةً أنهم دخلوا في زمن انتفاخ الأهلّة في عصر أشراط الساعة الكبرى وأنّ الشمس أدركت القمر فصار يولد بشكلٍ مستمرٍ من قبل الاقتران المركزيّ للشمس فيجتمع بها وقد هو هلال، ويعلم ذلك كافة علماء الفلك أنّ الاقتران المركزيّ للشمس والقمر تكون في لحظةٍ عالميّةٍ واحدةٍ كون الشمس والقمر منفصلان عن الأرض فحين يأتي موعد الاقتران المركزيّ للشمس والقمر ألا والله الذي لا إله غيره ولا يُعبد سواه فإنّه ليُحدث كسوفاً شمسيّاً في كلّ شهرٍ منذ أول شهرٍ في دهر الحياة الدنيا، ولم يمرّ في الزمن قط شهرٌ قمريّ لم يحدث كسوفٌ للشمس في الاقتران المركزيّ منذ أن خلق الله السماوات منذ يوم خلق الله السماوات والأرض، وإنما يرى كسوف الشمس بعضُ شعوب الأرض بشرط؛ وهو فقط عندما يكون القمر بين الشمس والأرض في خطٍ واحدٍ، ولكن حين تكون الشمس والقمر فقط في خطٍ واحدٍ فظلّ القمر المحدود إما أن يكون في مخروط أطراف الأرض شمالاً أو جنوباً حيث لا يوجد بشرٌ هناك، أو يكون مخروط ظلّ القمر بجانب الأرض بالفضاء، ولذلك تجدونني أقول لكم في كلّ شهرٍ:

Ya, sesungguhnya petanda ini luarbiasa, lain dari kebiasaannya bagi ilmu pengetahuan astrofisik yang dibenarkan dan diterima oleh Al Qur’an, kerana demi Allah, demi Allah, demi Allah, tidak mungkin bagi matahari mendapatkan bulan, dimana hilal anak bulan sabit lahir sedang matahari masih ke timur darinya, lalu matahari bertemunya sedang ia telah berupa hilal anak bulan sabit

Tidak seperti terjadi sebegitu sejak Allah ciptakan langit dan bumi, sampailah Allah mengutus Al Mahdi Al Muntadhar Naser Mohammed Al Yamani, agar dia memperingatkan kepada manusia bahawa mereka telah masuk di zaman bulan membengkak dan mengembung di era tanda-tanda besar Kiamat, bahawa matahari telah mencapai bulan, hilal anak bulan lahir sebelum konjungsi pusat bagi matahari secara berterusan, lalu bulan bertemu matahari sedang ia berbentuk hilal anak bulan sabit,


Demikian diketahui oleh semua ulama falak, bahawa konjungsi pusat bagi matahari dan bulan adalah pada satu detik global, kerana matahari dan bulan terpisah dari bumi, jadi ketika tiba waktu konjungsi pusat bagi matahari dan bulan terjadi, -ketahuilah demi Allah, tiada tuhan selain Dia, tiada yang berhak disembah kecuali Dia-, sesungguhnya kusuf matahari terjadi setiap bulan sejak awal bulan dalam masa kehidupan dunia, tidak pernah sama sekali kusuf matahari tidak terjadi pada konjungsi pusat dalam sebulan qamari yang berlalu dalam suatu masa sejak Allah ciptakan langit, sejak hari Allah ciptakan langit dan bumi

Hanya sahaja kusuf matahari itu terlihat oleh sebahagian bangsa sahaja di bumi dengan syarat; ia hanyalah ketika bumi berada antara matahari dan bulan dalam satu garisan, namun ketika matahari dan bulan sahaja dalam satu garisan, maka bayangan bulan jadi terbatas sama ada bayangan bentuk kon terjadi di tepi-tepi bumi, di utara atau di selatan, yang mana tidak terdapat manusia di sana, ataupun bayangan bentuk kon terjadi di sebelah bumi di ruang angkasa, kerana itu kalian mendapati aku mengatakan kepada pada setiap bulan:


يا معشر البشر لقد أدركت الشمس القمر فولد الهلال من قبل الكسوف فاجتمعت به الشمس وقد هو هلال.

Wahai sekalian manusia, sesungguhnya matahari telah mendapatkan bulan, hilal anak bulan sabit telah lahir sebelum kusuf, lalu matahari bertemu bulan sedang ia berupa hilal anak bulan sabit.


ولا بدّ حتمياً ألّا يمرّ ميلاد شهرٍ من غير كسوفٍ شمسيّ منذ أن خلق الله السماوات والأرض، وعلماء الفلك ليعلمون بذلك فأسرّوا النجوى بينهم إلا قليلاً كونهم حريصون على مصداقيتهم العلميّة فيقولون: "كيف ننبئ الناس بكسوفٍ شمسيّ في محاق هلال الشهر القديم ثم لا يرى البشرُ شيئاً كونه وقع مخروط ظلّ القمر بجانب الأرض في الفضاء الخارجي؟ فمن ثم سنفقد مصداقيتنا العلميّة لدى الشعوب وكذلك سوف نفقد إحدى مسلماتنا العلميّة أنه لا يحدث كسوفٌ شمسيّ في كلّ شهرٍ، وكذلك نفقد مصداقيتنا العلميّة أنّ كلّ كسوفٍ شمسيّ لا بدّ أن يرافقه خسوفٌ قمريّ يشاهده البشر في ليلة البدر، وكذلك العكس فإذا حدث الخسوف القمريّ منتصف الشهر فحتماً يأتي الكسوف الشمسيّ في آخر الشهر".

Sudah pasti tentunya tidak berlalu kelahiran bulan tanpa kusuf matahari sejak Allah ciptakan langit dan bumi, dan sungguh para ulama falak mengetahui yang demikian, mereka merahsiakan percakapan antara mereka kecuali sedikit, kerana mereka menjaga kreadibilitas keilmuan mereka, mereka mengatakan:

“Bagaimana kita beritakan kepada manusia mengenai kusuf matahari pada bulan surut (akhir bulan) yang tua, lalu manusia tidak melihat apa-apa kerana kon bayangan bulan terletak di tepi bumi di ruang angkasa lepas
?

Kemudian kita akan kehilangan kredibilitas keilmuan kita di sisi orang-orang, begitu juga kelak kita akan kehilangan salah satu dari bukti saintifik, yang menyatakan bahawa kusuf matahari tidak terjadi setiap bulan, begitu juga kita akan kehilangan kredibilitas keilmuan kita, bahawa setiap kusuf matahari mesti diiringi oleh khusuf bulan, yang dapat disaksikan oleh manusia pada malam purnama, demikian pula sebaliknya, bilamana khusuf bulan terjadi pada pertengahan bulan, maka tentunya akan ada kusuf matahari di akhir bulan
.”



ولكني الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني أعلمُ علمَ اليقين أنه إذا كان هناك خسوفٌ قمريٌّ بسبب وجود الأرض بين الشمس والقمر في خطٍ مستقيمٍ عموديٍّ ففي ذلك الشهر يحدث كسوفٌ شمسيّ في الاقتران المركزيّ بعد انقضاء أهلّة الشهر القديم، وكذلك خسوفٌ قمريٌّ في ليلة البدر، وكذلك كسوفٌ شمسيٌّ في نهاية منازل الشهر بعد انقضاء منازل النور القمريّة فيعود القمر إلى العرجون القديم من قبل منازل النور.

Akan tetapi aku Al Imam Al Mahdi Naser Mohammed Al Yamani, aku mengetahui dengan pasti, bahawasanya jika terjadi khusuf bulan disebabkan bumi berada antara matahari dan bulan dalam garisan lurus vertikal, maka pada bulan itu akan terjadi kusuf matahari pada konjungsi pusat setelah selesai hilal bulan tua

Demikian juga akan terjadi khusuf bulan pada malam purnama, dan kusuf matahari pada akhir manazilah bulan setelah selesai manazilah cahaya bulan, dan bulan kembali ke bentuk tandan yang tua (akhir manazilah) dari manazilah cahaya



وكتبتُ هذا البيان بمزيدٍ من المعلومات الفلكيّة الفيزيائيّة الجديدة وذلك لكي يعلم علماء الفلك أجمعين أنّ الإمام ناصر محمد اليماني ليس من الجاهلين في الفلك، برغم أني ما قط تعلمت العلوم الفلكيّة الفيزيائية في أيٍّ من كتب علماء الفلك؛ بل شرطٌ لهم علينا أن نفصّله تفصيلاً من علوم ربّي في محكم كتابه القرآن العظيم، ألا يعلم من خلق وهو العزيز العليم؟ سبحانه وتعالى علواً كبيراً!

Aku telah tuliskan bayan keterangan ini dengan tambahan dari maklumat astrofisik yang baru, demikian itu supaya ulama falak tahu bahawa Al Imam Naser Mohammed Al Yamani bukan kalangan orang yang tidak mengetahui ilmu astronomi, meskipun aku sama sekali tidak pernah mempelajari ilmu astronomi dan astrofisik pada mana-mana kitab ulama falak;

Namun persyaratan mereka terhadap kami, hendaklah kami jelaskannya secara terperinci dari ilmu pengetahuan Tuhanku dalam muhkam Al Qur’an, adakah Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui, padahal Dia-lah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana? Maha Suci Dia dan Dia Maha Luhur, Maha Tinggi lagi Maha Agung
!



وما نريد قوله في بياني هذا لكافة علماء الفلك: لقد سبق وأن حذرتكم تكراراً ومراراً أن تعترفوا بالحقّ قبل أن تفقدوا مصداقيتكم العلميّة بسبب الإبدار المبكر من قبل الاقتران فيتخذكم الناس هزواً ويسخرون منكم، غير أنكم أبيتم نصيحتي واستكبر المستكبرون منكم حتى وقعتم فيما حذّرتكم منه.

Apa yang ingin kami katakan pada bayan keteranganku ini untuk semua ulama falak:

Sesungguhnya aku telahpun memperingatkan kalian berulang-kali, supaya kalian mengakui kebenaran sebelum kalian kehilangan kredibilitas keilmuan kalian, disebabkan bulan purnama yang muncul awal sebelum konjungsi, dan manusia akan menjadikan kalian sebagai ejekan dan mencemoh kalian

Namun demikian, kalian tetap enggan dan menolak nasihatku, malah orang-orang yang angkuh di antara kalian semakin sombong, sampai kalian jatuh dalam perkara yang aku peringatkan kalian tentangnya.



وعلى كل حالٍ يا معشر البشر، أقسم بالله الواحد القهار إنّ البشر سوف يشاهدون القمر البدر التام بعد غروب شمس يوم الثلاثاء خلال ليلة الأربعاء بعد انقضاء ست ساعاتٍ من ليلة الأربعاء بتاريخ ( 27 - 6 - 2018 ) وذلك البدر الأول بحساب غرّة الإدراك الأولى، وكذلك يرون بدر التمام الثاني بعد غروب شمس الأربعاء ليلة الخميس فيظهر القمر بدر من جهة الشرق وهو كذلك لا يزال بدر التمام بحسب غرّة الإدراك الثاني ليلة الخميس تاريخ 29 من رمضان والذي هو ذاته اثنين شوال، والإمام المهديّ لا يزال صائماً معكم الأربعاء والخميس فلا ينبغي لي أن أخالف حكم الله ورسوله أن لا تصوموا حتى تروا الهلال ولا تفطروا حتى تروه، فلست من الجاهلين. وذلك حتى يتبيّن للناس أهلّة الإدراك من قبل ليلة الاقتران المركزيّ للشمس والقمر ويكشفها للبشر بشكلٍّ عامٍ كافة الأهلّة المنتفخة مساء يوم غرّة الشهر الأولى فيعلمون أنّ هذا الهلال ليس هلال يوم غروب يوم الصيام كونه من المفروض أن يكون هلالاً نحيفاً يغرب بعد صلاة المغرب كما تعوّد البشر عامة على حجم هلال ابن اليوم الأول من الشمس؛ بل يرونه منتفخاً ابن ليلتين أو ثلاث.

Walau bagaimanapun wahai sekalian manusia, aku bersumpah demi Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan, sesungguhnya kelak manusia akan menyaksikan bulan purnama sempurna setelah terbenam matahari hari Selasa, semasa malam Rabu setelah berlalu enam jam dari malam Rabu pada tarikh 27-06-2018

Demikian itu adalah purnama pertama menurut hisab perhitungan permulaan Al Idrak yang pertama, begitu juga mereka akan lihat purnama sempurna yang kedua setelah terbenam matahari hari Rabu malam Khamis, dan bulan penuh tampak dari arah timur


Keadaannya demikian juga, ianya masih bulan penuh mengikut permulaan Al Idrak yang kedua pada malam Khamis bertarikh 29 Ramadhan, yang sebenarnya adalah 2 Syawwal, namun Al Imam Al Mahdi tetap berpuasa bersama kalian pada hari Rabu dan Khamis

Tidaklah layak buatku untuk menyalahi hukum ketetapan Allah dan Rasul-Nya, supaya kalian tidak berpuasa sampai kalian melihat hilal anak bulan sabit Ramadhan, dan tidak berhenti puasa sampai kalian lihat hilal anak bulan sabit Syawwal, aku bukan kalangan yang tidak mengetahui.


Demikian itu agar jelas bagi manusia akan peristiwa Al-Idrak bulan yang terjadi sebelum malam konjungsi pusat bagi matahari dan bulan, ianya dapat diketahui oleh manusia secara umum, semua hilal bulan yang membengkak dan mengembung pada petang hari permulaan bulan pertama.

Lantas mereka mengetahui bahawa hilal anak bulan sabit ini bukanlah hilal hari terbenam, hari berpuasa, kerana sepatutnya hilal anak bulan mestilah kecil dan tipis, yang akan terbenam setelah sholat Maghrib, sebagaimana manusia awam telah terbiasa terhadap ukuran hilal anak bulan sabit yang pertama dari matahari; namun mereka melihatnya membengkak seperti malam kedua atau ketiga.



ونختم هذا البيان بقول الله تعالى:

{ فَلَا أُقْسِمُ بِالشَّفَقِ ﴿١٦﴾ وَاللَّيْلِ وَمَا وَسَقَ ﴿١٧﴾ وَالْقَمَرِ إِذَا اتَّسَقَ ﴿١٨﴾ لَتَرْكَبُنَّ طَبَقًا عَن طَبَقٍ ﴿١٩﴾ فَمَا لَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ ﴿٢٠﴾ وَإِذَا قُرِئَ عَلَيْهِمُ الْقُرْآنُ لَا يَسْجُدُونَ ۩ ﴿٢١﴾ بَلِ الَّذِينَ كَفَرُوا يُكَذِّبُونَ ﴿٢٢﴾ وَاللَّـهُ أَعْلَمُ بِمَا يُوعُونَ ﴿٢٣﴾ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ﴿٢٤﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ ﴿٢٥﴾ }
صدق الله العظيم [الإنشقاق].

Kami sudahi bayan keterangan ini dengan firman Allah Ta’ala:

Maka sesungguhnya Aku bersumpah dengan cahaya merah di waktu senja, (16) dan dengan malam dan apa yang diselubunginya, (17) dan dengan bulan apabila jadi purnama, (18) sesungguhnya kalian melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan), (19) Mengapa mereka tidak mahu beriman? (20) dan apabila Al Quran dibacakan kepada mereka, mereka tidak bersujud, (21) Bahkan orang-orang kafir itu mendustakan(nya). (22) Padahal Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan (dalam hati mereka).(23) Maka beri kabar gembiralah kepada mereka dengan azab yang pedih, (24) tetapi orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka pahala yang tidak putus-putusnya. (25)
Maha Benar Allah
[Al Insyiqaaq]


ويا معشر الأنصار، فلتجعلوا عنوان الهاشتاق بعنوان:

إعلان بيان هاشتاق قمر ليلة الاتساق لشهر شوال 1439

Wahai sekalian anshar, hendaklah kalian jadikan tajuk Tagar dengan judul:
Pengumuman Bayan Keterangan Tagar –Hashtag- Bulan Purnama Syawwal 1439H



ويا معشر الجيش الإلكتروني العظيم، بلّغوا بياني هذا بكلّ ما أوتيتم من قوةٍ واتفقوا على إطلاق هذا البيان الحقّ القرآن الحقّ في ساعة زمنٍ معلومٍ بالثانية، وكذلك البيان الذي كتبناه من قبله، ووفقكم الله في جهادكم الدعويّ لما يحبّه ويرضى، وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..

Wahai sekalian tentera elekronik yang hebat, sampaikanlah bayan keteranganku ini dengan segala kemampuan yang kalian miliki dan bersepakatlah kalian dalam melancarkan bayan keterangan yang hak bagi Al Qur’an yang hak ini dengan benar pada waktu yang tertentu setiap saat, begitu juga dengan bayan keterangan yang telah kami tuliskan sebelumnya

Semoga Allah memberi petunjuk-Nya untuk kalian dalam perjuangan kalian menyeru kepada perkara yang dicintai dan diredhai oleh Allah, salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..



أخوكم خليفة الله وعبده الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني.

Saudara kalian, khalifah Allah dan hamba-Nya, Al Al Mahdi Naser Mohammed Al Yamani
_____________


sumber