>>لا تحِلّ المصافحة للمرأة من غير المحارم في شريعة الله، فاتقوا الله يا أولي الألباب..<<


[ لمتابعة رابط المشاركـــة الأصلية للبيـــان ]
postingan asal keterangan


الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
21 - 01 - 1434 هـ
05 - 12 - 2012 مـ
05:44 صباحاً
ـــ
لا تحِلّ المصافحة للمرأة من غير المحارم في شريعة الله، فاتّقوا الله يا أولي الألباب..

Tidak halal berjabat tangan dengan wanita yang bukan mahram dalam syari'at Allah, maka bertakwalah kalian kepada Allah wahai orang-orang yang menggunakan akal fikiran..


بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على كافة أنبياء الله ورسله وآلهم من أوّلهم إلى خاتمهم والتّابعين الحقّ من ربِّهم إلى يوم الدِّين، أما بعد..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sholawat dan salam ke atas seluruh para nabi Allah dan rasul-Nya, juga ke atas ahli keluarga mereka dari Adam AS hingga Muhammad SAW, dan ke atas para pengikut kebenaran Allah hingga Hari Pembalasan, amma ba'd..


لا يجوز مصافحة النساء من غير المحارم كمثل زوجة الأخ، لا يجوز للحَمي أن يصافحها بيده ولكن يؤشر لها بيده بالسلام، ولها الحقّ أن تردّ السلام عليه وتسأله عن حاله ويسألها عن حالها، ولكن لا يجوز للحمي أن يخلو بامرأة أخيه لوحدهم مهما كانت ثقته في نفسه، فاتّقوا الله يا أولي الألباب فتلك من خطوات الشيطان ليأمركم بالسوء والفحشاء، وغضّوا أبصاركم لتحفظوا فروجكم، وليس ذلك تشديداً عليكم من ربّكم؛ بل رحمة من الله بكم وخلق الإنسان ضعيفاً. تصديقاً لقول الله تعالى: {يُرِ‌يدُ اللَّـهُ لِيُبَيِّنَ لَكُمْ وَيَهْدِيَكُمْ سُنَنَ الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ وَيَتُوبَ عَلَيْكُمْ وَاللَّـهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ ﴿٢٦﴾ وَاللَّـهُ يُرِ‌يدُ أَن يَتُوبَ عَلَيْكُمْ وَيُرِ‌يدُ الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الشَّهَوَاتِ أَن تَمِيلُوا مَيْلًا عَظِيمًا ﴿٢٧﴾ يُرِ‌يدُ اللَّـهُ أَن يُخَفِّفَ عَنكُمْ ۚ وَخُلِقَ الْإِنسَانُ ضَعِيفًا ﴿٢٨﴾} صدق الله العظيم [النساء].

Tidak diperbolehkan berjabat tangan dengan wanita yang bukan mahram seperti isteri saudara lelaki, juga tidak diperbolehkan bagi mertua lelaki untuk bersalaman dengannya menggunakan tangan, namun mengisyaratkan kepadanya dengan tangan untuk bersalaman.

Begitu juga tidak diperbolehkan bagi mertua untuk bersendirian dengan wanita saudara lelakinya sahaja tanpa ditemani selain mereka, meskipun dia percaya dan yakin dengan dirinya.


Maka bertakwalah kalian kepada Allah wahai orang-orang yang menggunakan akal fikiran, kerana bersendirian dengan wanita yang bukan mahram itu termasuk dari langkah-langkah syaitan, supaya dapat menyuruh kalian berbuat jahat dan keji.

Hendaklah kalian menahan pandangan kalian agar kalian dapat memelihara kemaluan kalian, dan yang demikian itu bukanlah suatu kesusahan dan tekanan untuk kalian dari Tuhan kalian, bahkan ianya adalah semata-mata kerana rahmat dan kasih-sayang Allah kepada kalian, kerana manusia itu diciptakan bersifat lemah.


Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

Allah menghendaki (dengan apa yang telah diharamkan dan dihalalkan dari kaum perempuan itu) ialah untuk menerangkan (syari'at-Nya) dan untuk menunjukkan kepada kamu jalan-jalan aturan orang-orang yang dahulu daripada kamu (Nabi-nabi dan orang-orang yang soleh, supaya kamu mengikutinya) dan juga untuk menerima taubat kamu dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (26)

Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya. (27)

Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan bersifat lemah. (28)
Maha Benar Allah
[An-Nisa]



وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..
أخوكم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.

Salam ke atas para Rasul dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

Saudara kalian Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani

ـــــــــ

sumber:
https://nasser-alyamani.org/showthread.php?t=9995